Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

13 Mar 2014

Postgraduate Journey : Degree to Master Part 1

"Postgraduate is not something that should be undertaken without a great deal of thought. The financial and academic demands can be steep. But the rewards – specialising for the dream job, increased employability, exploration of a subject – can be well worth the time"

Postgraduate atau lebih dikenali dengan sambung belajar peringkat Master/PHD/ Doktor Falsafah..
Secara ringkas, saya personally rasa nak sambung belajar jadi postgrad student ni memerlukan banyak ketahanan mental..
Saya sendiri pun ambil masa sehingga near 2 years before I betul2 decided nak go on dengan Master even I grad with first class degree..

Antara alasan biasa tak nak sambung belajar:
*dah penat belajar (dari umor 6 tahun kot..eh 4 tahun dah tadika.)
*nak mula cari pengalaman keje
*nak mula kahwin dan ada kelurga
*nak bantu keluarga
*master ni susah, banyak pakai duit..

Logik.. dan sangat munasabah..
Saya juga berfikiran macam tu.. master dah bukan macam degree student yang mana kita boleh expect semua benda akan "disuap" ke mulut kita.
 Kalau PHD level lagi laa..
RESEARCHHHHHHH.... tension buat benda nih..

Tapi kan, bila di fikir2 kan balik...ada baik jugak sambung master ni..
1) Keje susah nak dapat.ada degree sekarang pun susah nak laku.. so belajarla tinggi2 tunggu ekonomi elok sket.. then demand dengan qualification yang tinggi tu.. (harapnya time tu ada la keje)
2)Belajar tu menyeronokkan...sebab kita tak buat kerja yang sama..kita taw benda baru, jumpa perkara baru..and benda tu best (bagi saya la...)


SO skrg, saya tgh berusaha segigih mungkin nak sambung master dekat UK ni..

Meh nak cerita macam mana ianya bermula..

1) Adalah junior masa belajar dulu dapat offer dekat King's College London...Uni ni memang one of the top uni dekat UK. time tu takdelah saya excited sangat nak gi UK sbb dh mintak UKM utk Master dalam Antropologi dan Sosiologi..tapi sesaje la nak applyy...tgk2!!


DAPAT!!!!.. Excited guling2 biarpun "CONDITIONAL OFFER". IELTS minimum band 7 in all section.

CONDITIONAL OFFER ni maksudnya tawaran bersyarat.. So, kena lepas syarat2 dia untuk dapatkan UNCONDITIONAL OFFER letter. Syarat tu depend pada surat tawaran korang..Normally yang saya biasa tengok conditional offer ni sbb
1) English Requirement: takde IELTS/TOEFL or sebarang bukti menunjukkan korang ni boleh cakap English. memang la they all need that prove. Mai2 UK, korang tak cakap and tak paham sepatah haram lecturer cakap apa..so baik duduk Malaysia je..
2) References: Perlukan rujukan dari lecturer/employer untuk promote korang study kat sini
3)Personal statement: Macam surat bagitahu kenapa korang nak study kat situ and apa kebaikan dekat masa depan and negara korang.
4) Transkript: Normally pelajar tahun akhir yang apply, takde TRANSCRIPT. so they need the official transcript untuk prove you guys dah habis degree level dengan certain required CGPA..

And macam2 lagi sebab..rujuk surat tawaran yang diterima..


I did try waive my English requirement guna GCEO dekat atas ni.GCEO ni tanpa kita sedar kita dah ambek masa SPM. All school dekat Malaysia sebenarnya ada collaboration dengan Cambridge untuk English proficiency. SO, ada uni dekat UK yang accept tapi within not more than 7 years (ada yg lagi awal dari tu) and grade pulak kena tinggi la.. Grade 4 tu dah paling minimum rasanya.

Tapi yang last I pergi Education UK kat KLCC 9 Mac 2014 lepas, most all uni claimed that they require IELTS. sebabnya depa taknak tanggung susah belakang hari sebab nak buat VISA pun kena ada IELTS ni..


Beginilah rupanya IELTS registration slip ni..

Kos untuk ambek ujian ni dalam RM610++
Kena tengok location and test  centre dia..
Biasanya hanya ada dekat bandar2 besar macam KL, Ipoh, Penang..(yang lain sila rajinkan diri bukak website IELTS)
Normally student yang nak gi study kena ambek IELTS yg ACADEMIC Module
Band dia dari BAND 1- BAND 9
Ada 4 Section : Listening, Speaking, Reading and Writing.
Markah korang akan dicampur ikut semua section tu and akan keluar la Overall Band.


Pernah jugak rasa kecewa dan terputus asa..
Maklum la..Previously dapat elok2 dah conditional letter King's College London suruh ambek IELTS.,.
Ambek je IELTS, band tak lepas..dah la lagi 2 section je tak lepas..
Menangis den depa suruh reseat..
Sekali ambek dah RM610++..(tu pun dkt 6 bulan gua kumpul duit)
 
TO BE CONTINUED....:)

4 comments:

  1. salam, sori nak tnya mcm mana nk dapat sijil GCE-O level tu? kena pergi kt sekolah menengah ke?and lg satu King's College application online ni kita boleh submit dulu ke even without reference?

    ReplyDelete
  2. Yup. GCEO ni waktu sekolah menengah tu. And regarding reference tu, kita boleh submit even without reference yet sebab King's College bg option utk reference by online

    ReplyDelete
  3. nk tanya la, sijil gceo tu mmg kena g sekolah lama amik ke? sy spm 2007.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun SPM 2007. harapnya sekolah En..Nabil masih simpan sijil tu. Tapi setahu saya GCEO hanya valid untuk tempoh tertentu. Kena konfimkan balik dengan university untuk pastikan mereka masih terima GCEO dari tahun 2007.Dah lebih 9 tahun ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...