Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

31 Jan 2013

Jadual Program Golden Minds Consultant

Untuk memudahkan kerja dan mengelakkan Wawa dari lupa..
So Wawa upload jadual bos Wawa untuk program yang dah konpem..
Korang kalau nak booking or mengesan lokasi bos Wawa boleh la rujuk Kalendar ni yer..

Nampak tak kat sebelah kanan sekali dengan icon mcm ni..

Inilah kalendarnya..
Bila kaler kuning tu maksudnya ada program...
 
Harap membantu anda semua...


29 Jan 2013

Cerita Kawen plus Tunang Rakan-rakan

MEskipun di usia baru 23 tahun..
rupa-rupanya banyak kawan-kawan Wawa yang dah selamat kawen dan tunang..
Tahniah buat korang.

Rayyan Khalid... Schoolmate Wawa di Sains Pasir Puteh.. Tahniah Rayyan

Ruzliana Husin.. Mc' Ruz ni jugak kawan sekolah Wawa di Sains Pasir Puteh. Rasa-rasanya dia yang terawal kawen dlm batch kitaorang

Suhaila Burhanudin... Su ni kawan sekolah Wawa di zaman sekolah rendah dan tadika. Zaman kecik2 Su nilah yang mekapkan Wawa masa kitaorang join makeup contest.. (Zaman tadika lagi dh pandai main makeup).. Congrats Sue...

Yang macik ni tak payah cerita. Budak kecik bernama Izyan Syamimi ni memang bestie Wawa and Wawa seriusly sangat2 terasa jealous bila si Yarn ni kawen. Dalam diam-diam plak tu..Your rezeki.. Tahniah Yarn..make full use of my present for your wedding.konpem laki ko tak cari lain.hahahhaha

Gambar kawen diaorg ni Wawa rasa paling cun. Kawan Wawa, Norazilan Aziz ni merupakan kawan di zaman sekolah rendah. Tak sangka kawen dh dia.. Tahniah Zilan..         


Ops jangan dilupakan...

Kita ada husband and wife -to-be



This is Nurul Nadiah Zamri.. juga kawan Wawa di zaman sekolah menengah di Sains Pasir Puteh..
Insyaallah dalam bulan Februari 2013 ni Nadiah akan kawen. 
I got the invitation.
Insyaallah akan datang..




Note: When is my turn???

20 Jan 2013

Finalist Da'i- Pendakwah Milenia- Mohamad Hazwan Padzil

Tujuan entry ni bukan nak bagi publisiti murahan,
tp nak share kisah sahabat baik Wawa..
Apa yang anda nampak dia di TV dan bagai mana dia sebenarnya di luar...

Hari tu tanpa disangka Wawa buka TV3 untuk tonton bersama family
Tiba-tiba keluar gambar mamat jual nasi kukus..
Tgk balik macam kenal mamat ni..
Memang tak lain tak bukan sahabat Wawa, Awe..

Korang taw kan sekarang TV3 adakan program realiti pencarian pendakwah milenia dipanggil Da'i
Program Da'i ni sebenarnya pada Wawa agak bagus berbanding program-program lagha yang lepas tu takde benefit pun dkt society.
Alhamdulillah i'm proud that one of my friends being chosen..

Ni details si Awe ni,,

 
http://apps.tv3.com.my/dai/MohamadHazwanPadzil.asp

dan inilah gambar beliau

Memang muka dia ni skema

Insyaallah..dia dari dulu ada bakat jadi pendakwah       





 Awe ni memang kawan baik Wawa sejak dari kami Tingkatan 4.
Kami jumpa waktu kem bersama SBP Wilayah Timur and he's my group leader.
Boleh dikatakan , dia memang ada bakat sebagai pemimpin sejak dari zaman kecik lagi.
we keep in touch sejak dari zaman tu, lepas spm dan sampailah skrg.
Dia memang berbakat untuk bagi nasihat and true friend yang selalu ada waktu susah senang.
Dia memang senang nak tolong sesape je yang memerlukan pertolongan
Bakat dia dalam bidang penceramah ni memang tak usah disangkal.
Dia pernah jadi penceramah untuk orang asli dan belajar banyak ilmu walaupun umur dia ni sebaya je ngan Wawa.
 

Alhamdulillah, bangga sebab dia terpilih.
Korang nanti sokonglah dia yer..
Moga-moga dia mencapai hasrat dia untuk menjadi pendakwah.

JANGAN LUPA TONTON AL-KULIYYAH, JUMAAT JAM 5 PETANG YER!!!!!


To Awe: Now, we are in the same field( even i'm not the motivator, but i close to them). Jadi penceramah ni tanggungjawabnya besar. Lebih-lebih lagi we spread the Allah's words. But you need to believe that everything starts with niat.. Allah akan sentiasa menolong mereka yang berjuang di jalannya..

 



7 Jan 2013

WEY 4008

Last 2 weeks Wawa dan Mama terpaksa buat decision bila my bro bising2 minta kereta.
My bro ni belajar di Politeknik Ipoh and recently, he really need a car bila semua housemate dia dulu dh tiada di Ipoh.
1 week my bro ni ponteng kelas sebab tak tahu nak pegi kelas macam mana.
Hence, Wawa dengan Mama punyalah terkilan and dengan penuh tekad dan iltizamnya kami bertanya orang dan mulakan pencarian..

Semestinya laman sesawang Mudah,com mencari sasaran.
Kami gunakan maklumat dari sana and look for the cars.
Anggaran bajet hanya RM5k untuk kereta kancil.
Sememangnya susah gile nk jumpa kancil dengan harga tu.
Kancil standard yang kami jumpa harga 8500. 
dahla buruk..pastu siap minta add on lagi utk tukar nama..

Nak dijadikan cerita kami ke Pasir Tumboh dan jumpa owner Kancil WEY 4008
Luar memang tiptop..Warna putih. Enjin Turbo.. Enjin L2...Rim EK (entah betul ke tidak info aku bg nih..bkn taw pun..hehe)
Total price RM 11200..
So ape lagi..memang termenung la Wawa ngan Mama dengan price tu..
Bayangkan kami bajet 5k harga naik ke 11200.. 
Mana nak cekau duit????.. 
So Wawa memang dah give up..
Wawa cakap yang dengan harga tu Wawa tak mampu nak support.
but Mama kesiankan my bro..
So, she decided to buy..

Penjual kreta tu memang dok promote2 la kreta dia
Ckp kreta ni mmg kreta kesayangan dia la...baru tukar timing belt la..mcm2..
So kalau nak, mama kena bayar full.. 
Habis mengais la kami sebab nak bayar kereta tu.
Wawa pun memang x sempat nak merasa walau 1 sen duit gaji pertama kerja di Golden Minds.
Tapi takpe.. harapannya dengan pengorbanan ni..adik mudah nak belajar 

We see the car on Thursday. Make payment for 10700 on Saturday and on Sunday evening, my bro gerak ke Ipoh sebab dia ada kelas on Monday. Balance money tu owner kereta tu suruh bayar bila dia bagi tayar spare (gila betul jual kereta tak bagi tayar spare..dah la kita dah bagitaw nak berjalan jauh).
Owner tu cakap tayar spare kelisa boleh masuk dengan rim kancil tu (so terpaksala bg my cik Kelly punya tayar spare utk adik naik ipoh) 
Disebabkan kereta tu takde solat hajat lagi and masa nak naik tu lampu brek tak menyala, Mama suruh adik balik Kelantan on Friday. 
On Friday adik bertolak balik dari Ipoh ke Kelantan dlaam pkl 12 tgh malam
Mama call adik pkl 4 tanya dia dekat mana..
And he inform us that DIA SANGKUT DI BANJARAN TITIWANGSA..TAYAR PECAH,..
and lagi bagus TAYAR SPARE KELISA TU TAKLEH MASUK PUN

Adoiiii so dlm pkl 7 pagi lagi kami gerak kesana..
Before greak tu nasib baik kami dah tanya owner kreta dulu apa tayar yang sesuai.
katanya tayar lubang 100.
So, nak dipendekkan cerita, mama cari tayar tu dengan abg kawan adik.. Abg tu (pokteh) pomen di Pangkal Kalong.

So kami sampai Titiwangsa terus tukar tayar.
lagi bagus rupanya SPANAR OWNER KERETA TAK BAGI...(kamu ingat bukak tayar kereta boley pakai tangan??terbaik)
Jenuh bertanya org yg berehat kat Hentian Titiwangsa tu.
Adalah hamba Allah yang tolong.
Tp yang sadisnya..tayar spare takleh masuk rapat sebab skru kancil tu panjang2.
Kami follow adik dari belakang and he drive alone slowly.
Tetiba je dia berenti.
Terkejut bagai nak mati kami bila KEEMPAT-EMPAT SKRU DI TAYAR SPARE TERCABUT
nasib baik sedar..kalau tak kedalam gaung la jawapnya..

Dari Hentian Damai, Wawa, Mama dan Adik cari org yang boleh baiki rim kereta kancil adik
Kereta adik, my adik bongsu dan kawan adik tunggu sebab memang dah tak boleh gerak sebab skru takde
Semua kedai taknak.
Dekat 5 jam kami mencari sampai kami jumpa Kedai HAMKA.. (tepi jalan je..0139166450)
Dia dah bagitaw memang tak boleh baiki rim, tp mama merayu sangat. asalkan kereta adik boleh turun sampai ke kedai dia pun ok.
dia tampal tayar and masin betul mulut dia.
Kami beli skru baru, pakaikan tayar kancil yang ditampal dengan skru baru..sampai je kedai dia.tayar bocor.

So, dia guna tayar spare dan pasang skru baru.tp dia pesan agar bwk slow sebab tayar spare ni tak sepadan dengan kereta adik.
Alhamdullillah, slow2 kami smpai rumah jam 8 malam dengan penuh kepenatan
Mama keesokannya call tuan kereta tu..
Tuan kereta tu tak admit salah dia.So dia suruh kami resend kereta dia
Kami bersetuju untuk resend
TP AMAT MENYEDIHKAN..
DIA HANYA NAK BAGI BALIK 5K.
balance duit dia cakap dia nak guna utk baiki kereta tu sebab masa dia bagi kereta ok.

Does he mean that my bro tak pandai bawak kereta?
Helloooooo
Kereta u bagi tu, lampu brek memang tak menyala, tayar spare u tak bagi, spanar u tak bagi, then enjin banyak masalah.
Enjin kalau my bro bawak laju sangat dia akan change from 120 tu ke 0 (tak ke naya??)
Pastu kalau tekan clutch, brek jadi keras..

Ahhhhh malas nak cakap banyak..
like seriusly tension pasal kereta ni.
Tapi mama cakap takkan jual dah.

Mama akan simpan kereta tu sebab sentimental value.
RUPANYA FIRST OWNER KERETA TU BERNAMA ZULKIFLI HUSSEIN..
and my late papa bernama ZULKIFLI HUSIN.
bezanya first owner lahir tahun 1988 
Second owner, tuan yang jual kereta tu kepada kami,
Third owner, my brother
Wawa macam tersentap dengar nama tu.
Masya-Allah..rupanya ada sebab Allah hantar jugak kereta tu untuk kami..
Biarpun menyusahkan, namun sangat menggamit memori.
Mungkin ada yang berfikir kebetulan je nama lebih kurang sama
Tapi bukan ke kebetulan tu umpama 1 dalam 1 juta kes??
Mama cakap, Papa dulu tak pernah ada kereta atas nama dia.
Perangai kancil tu sebijik sama dengan perangai kereta-kereta lama yang pernah papa pakai dulu.


Memang sakit ati kisah WEY ni kan?
tapi kami redha.
biarlah tuan kereta tu nak ainaya kami
Rezeki Allah akan beri balik pd orang yang terainaya.


Korang yakin???


.

3 Jan 2013

Tuhan Jagakan DIa


Lirik Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


~Allah, Mohon jagakan dia  agar sentiasa  sihat, dan berada didalam rahmatmu. Good Luck on your Final Examination my MR. OKU~

The first and the last.. Insyaallah

He is not my first love but he is the first one who teach me how a man can become so patient when he is in love.
He never knew the whole story of my life but he become the first man who give me surprise without request (sadis sangat bila ingat waktu zaman hingusan, mintak org bg surprise..then buat2 terkejut)
Insyaallah. he will be the last..

I am so sorry for being rude
Sorry for always make u sad
and sorry for always make u cry

i know sometimes you cry due to the heart broken
sick with my attitude and ignorance
deep inside my heart, i never mean to make you cry.

I just want to know,
how hard i scold you,
how bad my attitude to you...

 I will always love you.

Promise!!


and so many thanks for make my day.
for the surprise i never expected
for the "tipu sunat" to make me happy ( even I will scold you when you tell me the truth)






Happy becoming 8 month anniversary
MR. OKU



Susah ke nak nikah???


I got lot of feedback from my friends, especially lelaki yg kata
susah nya nak kawen sbb perlu bajet besar.hmmmm besar
 ke??
Personally, Wawa rasa perkahwinan cara Islam takde pun 
pakai  modal besar. Ni sedikit info Wawa nak kongsikan
melalui pembacaan majalah Solusi Isu 51 berkaitan 
"Izinkan anak  berkahwin muda"..


Apa logiknya kahwin muda?
1) Tuntutan agama dan sunnah Rasulullah..
" Wahai Ali, terdapat 3 perkara jangan dilewat-lewatkan:
(menunaikan solat apabila tiba waktu), menguruskan
jenazah dan mengahwinkan anak dara apabila bertemu
sekufunya" Riwayat Al-Tirmizi
2) Mengelakkan zina dan fitnah
3)Terpelihara maruah dan keturunan
4) Lebih bertanggungjawab

Namun, ibu bapa khususnya masih tidak boleh menerima
alasan kahwin muda anak2 mereka. Antaranya kerana:
1)  Penetapan syarat ibu bapa utk mempunyai 3 kunci (ada kenderaan, bekerja tetap, memiliki rumah). Ini mengakibatkan anak-anak stress dan terpaksa berbohong
kepada ibu bapa. Anak makin sukar untuk berkongsi masalah dan berbuat perkara tidak elok di belakang ibuapa mereka.B
Sayidina Umar ada menyebut " Kahwinkan anak-anak kamu
 apabila mereka telah baligh. Janganlah kamu menanggung
dosa mereka"
Ibu bapa semestinya berfikir yang anak mereka tidak akan 
sanggup menconteng arang ke muka mereka. Namun ibu
bapa seharusnya lebih peka kerana mereka juga pernah 
melalui zaman terbabit.
Bercinta merupakan fitrah manusia dan di peringkat usia 
sebegini dan keadaan masa kini, tiada apa yang mustahil
boleh berlaku.
2) Kos perkahwinan yang tinggi. Disini, Wawa berminat
untuk berkongsi fakta terbabit:-

Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi:

Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Naia 
Zahari Photography dan Artmosphere Photography
 mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don DaniyaL
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis 
dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu
 bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan 
berbentuk bunga/tumbuan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia
berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat
Husna menjadi orang lain dengan bermakup teball ataumemakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki 
dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua
 pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaznmemegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut
 nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya 
untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk
 makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan 
seluruh family ketika memBuka hantaran. Tujuan ini juga 
adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-
Quran/kitab diletak sama level dengan 

hantaran kasut, baju dan lain-lain.

# tak perlu berhabis berpuluh ribu,makup tebal2..yang
 penting berkat dari Allah...itu yg plg penting kan??#









3) Bimbang anak hidup susah. Ibu bapa harus ingat. Allah berfirman.

"Dan kahwinkan orang bujang antara kamu dan orang yang layak berkahwin daripada hamba lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurniaan-Nya. Allah maha luas (pemberiannya) dan maha mengetahui"


4) Anak masih dlm tempoh pengajian.

Sebenarnya perkahwinan di alam pengajian menjadikan anak-anak lebih matang. Banyak bukti yang anak yang telah berkahwin mampu mencapai prestasi yang baik dlm pelajara. Bagi lelaki, fikiran tidak merewang ke perempuan lain dan perempuan, ini menjadikan mereka tabah sekiranya mereka bergelar seorang ibu kelak. Bagi ibu bapa, bantulah anak-anak jika kekurangan wang dan anggaplah ia sedekah. 


Saya yakin, tidak ada buruknya dengan apa yang Allah syariatkan. Persepsi masyarakat yang amat mementingkan duniawi dan adat menjadikan banyak kes-kes anak luar nikah meningkat.

Kepada ibu bapa, anda pilihla.. sama ada menginginkan perkahwinan anak luar nikah yang tidak jelas keturunannya terjadi ataupun lahirnya anak-anak yang dikenali siapa bapanya...siapa keturunannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...