Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

meine Freunde

24 Jun 2012

VIVA berlalu

Alhamdulillah 
akhirnya VIVA sudah berlangsung dengan jayanya..
Jutaan terima kasih Wawa ucapkan kepada panel2 yang sungguh dedikasi
Panel-panel penilai terdiri daripada Dr.Zauyah,Madam Mahazril dan Sir Hazlami
Sangat dedikasi meraka ni
Bayangkan untuk VIVA semester ni, kami mula jam  2.30 petang dan tamat 2 pagi
Panel2 tetap melaksanakan tanggujawab mereka dengan jayanya

As for me,
Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar
Meskipun pembentangan tidak dapat dihabiskan kerana tak cukup masa (bayangkan my turn 12.30 malam.semua dh ngantuk time tu)
Soalan-soalan yang ditanya oleh panel dapat kami jawap
Hanya sedikit pembetulan perlu dibuat untuk mencantikkan lagi kajian kami
Terima kasih buat panel2 yang memberi komen2 

Sesungguhnya, meskipun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa kami hadapi sepanjang menyiapkan research ni, 
Ia tetap memberikan pengalaman berharga buat kami
Terima kasih buat supervisor Wawa, Madam Azlyn Zawawi kerana sudi membimbing Wawa dan Kecik
Tak lupa jugak buat rakan-rakan yang sudi memberi pandangan dan idea 
Meskipun ini merupakan saat2 terakhir kita bersama, namun korang akan tetap dalam hati (sedih weh nak tinggal Kedah ni)


My research partner,Kecik..(OMG Apasal Wawa nampak gemuk..cissss)

With Madam Siti NorFazlina..Lecturer Malaysian Economy Wawa..LOve her..Madam ni baik  dan caring..;)

Borak2 ngan Secretoo dan Nana...Maklumla dah ngantuk menunggu turn kami...

Taraaaa..this is my research... "Relationship Between The Hindrance Factors and Working Women's Attitudes  Towards Pap Smear Screening Test"


VIVA dah tamat
5/7/2012 merupakan tarikh terakhir submission research kami selepas pembetulan dibuat
Selepas itu kami akan fokus untuk final exam terakhir kami di UITM Kedah ni (I'm gonna miss u so much UITM)

Hah korang sume dah ready ke nak final nih??
Lepak2 jugak,..study jangan lupa taw..


Ni nak bagi tips sket..
Korang tulis besar2 kat dinding tarikh paper2 korang
Barulah korang sedar yang exam dah dekat
and at the same time dapat prevent korang dari lupa nak hadirkan diri untuk final korang..

Nah tiru macam ni taw...



Amacam???
Bagus kan inisiatif ni..

Good Luck Buat Pemilik Jadual diatas dan tak lupa juga buat reader2 sekalian..
Buat yang terbaik taw utk final ni

nota kaki: Jangan Lupa Doakan Wawa jugak

21 Jun 2012

Ke mana hala tuju selepas ini??

Hari ni merupakan hari terakhir Wawa menghadiri kelas sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda
Terima kasih buat pensyarah2 UITM KEDAH yang telah banyak mendidik kami sepanjang 3 tahun di Kedah ni..
I'll totally miss all my experiences here..

Habis Ijazah Sarjana Muda, so kemanakah hala tuju selepas ni..
Hmmmm sebenarnya Wawa pun tak berapa pasti..
Apa kata reader2 sekalian tolong beri pendapat utk situasi Wawa nih..

1) Direct PHD..
Peluang ni dibuka untuk mereka yang berjaya habiskan Ijazah Sarjana Muda dengan pointer 3.5 and above
Wawa takdelah pasti lagi Wawa ni first class ke tak..
Current cgpa macam ada peluang..so Wawa letakkan hala tuju ni sebagai alternatif kedua..
Sebenarnya Wawa tak berapa yakin dengan pelajar degree direct PHD nih..
macam hebat gilaaaa...terus langkah Master weh..
tapi sebenarnya perkara ni wujud..

Tak caya korang usha link nih

Umur 23 sambung PHD

tak taw la kalau maklumat ni menipu..
hmmm kalau betulla wujud and Wawa mendapat tawaran tu, maknanya Wawa pun pelajar termuda sambung PHD la kan..hahha (saya baru 22 tahun kalau nk sambung PHD bulan 9 nih)

HAHHAHAH ambek ko perasan je lebih Wawa...

Kalau lah korang tak percaya berita tadi..
Korang leh usha kat laman web MyPHD nih.



Ijazah Sarjana Muda CGPA minima 3.5 layak utk apply MyPHD..
Maknanya memang wujudla kan Ijazah Sarjana Muda direct ke PHD..
hmmmm
Syok jugak..habis PHD dpt title DR...;)



2) Wawa dapat second stage utk ke Ujian Kompetensi utk bergelar Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Kalau nak taw, banyak lagi tahap Wawa kena lepasi utk bergelar PTD (hangpa ingat senang ka nk jadi PTD??)

tgk ni...


Seeeeeee..payah kan??Haish berjayakah daku??



3) Last skali. Master by Research in Social Anthoropology at Brunel University in United Kingdom..
Dr. Eric ni sebenarnya banyak kali call Wawa dan disebabkan Wawa tak ready..banyak kali Wawa bagi excuse
Tak sangka plak dia begitu serius sampai panggil kawan dia plak untuk cakap ngan Wawa..




Buntu2...Kalau korang jadi Wawa..yang mana satu korang akan prioritize???

20 Jun 2012

Ujian kompetensi

Dengan penuh tanda tanya dan persoalannya, 
Wawa usha la jugak kat internet ape tu ujian kompetensi utk pegawai PTD nih..
Bukak website SPA..hmm tidak ketemu ape yg dicari

Ujian tu tak taw ag bila..haishh nervous ok..

tapi Wawa dapat jawapan yang dicari melalui link nih..

Try korang usha ..

Proses Pengambilan PTD

Thanks to INTAN sebab menyediakan khidmat berguna nih..

Tudiaaaaaa susah jugak nak jadi PTD nih rupanya..

Banyak benor stage nya..

Paling Wawa tak suka ialahhhhh

"Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu

 larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga

perlu mengikuti latihan jasmani yang lain"


and DEBAT ALA PARLIMEN...



cisssssssssssssss..kena lari,,

SAYA BUKAN ATLET DAN TAK SUKA SUKAN..

nak berdebat la plak..aduyaiii..

 Memandangkan prosedurnya amat susah skali..Wawa


 cuba mencari ape kebaikan kerjaya nih..


Meh nak share ngan korang

Kelebihan

1. Kenaikan pangkat bagi PTD agak cepat.. Dalam tempoh 5 tahun anda mungkin berjaya melangkaui 3 peringkat gred kerajaan. Ini memang cepat berbanding dengan skim jawatan lain.

2. Anda akan lebih berpengaruh. Kebiasaannya mereka yang berjawatan ini akan lebih dipandang tinggi. Mereka yang akan bertindak sebagai tunjang bagi sesuatu jabatan akan lebih dikenali..

3. Gaji masyuk.. Huhuhuhuhu.. Pendapatan mereka merupakan yang tertinggi berbanding jawatan lain yang disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..

4. Berpeluang untuk ke jawatan tertinggi kerajaan.. Antaranya berpeluang untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Setiausaha Kerajaan (SUK). Bergantung pada prestasi dan nasib.

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang menyebabkan si Zool tidak lagi berminat untuk menduduki peperiksaan ini.. Antaranya

1. PTD akan menghadapi situasi berpindah terutamanya bagi kenaikan pangkat. Kadangkala hanya 2-3 tahun lepas tu pegi ke jabatan lain. Walaupun saya ni bujang namun sukar rasanya berhadapan dengan situasi tersebut..

2. Suka atau tidak, kadangkala terdapat situasi gangguan dari politikus.. Terutamanya kalau anda PTD di bahagian yang agak berisiko.. Bahaya woo..

3. Sentiasa kena keje lebih. Tiada kerja lebih masa (OT). Disebabkan PTD merupakan pegawai elit, waktu kerja tak tentu masa.. Biasa rasanya kalau malam-malam dipanggil meeting oleh pihak atasan..

4. Lagi-lagi mesyuarat.. HUhuhuhuhu.. Sebagai ketua sesuatu jabatan memang PTD akan selalu menghadiri mesyuarat.. Samada kena puji, hentam, kutuk dan sebagainya.. Kena bersedialah..

5. Ketrampilan diri yang menarik. PTD adalah suatu jawatan elit jadi kenalah berpakaian kemas.. Tak boleh pakai kasut murah-murah ni..
Hm.. rasanya cukuplah setakat ini tentang sedikit perihal mengenai PTD. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai PTD ni cubalah tanya mereka sendiri di jabatan-jabatan kerajaan.. 

( sumber: 
http://ligakampung.com/blog/best-ke-jadi-ptd/ )


nota kaki : insyaallah ada rezeki adalah.tolong doakan

Wawa yer

Jom Niaga

Hari ni Wawa nak ajak korang berniaga plak..
Nak berniaga ape tu terserah..
Maklumlah ada yang berkata 9/10 daripada punca rezeki ialah melalui perniagaan

Sebenarnya hari ni Wawa join Himpunan Usahawan Jom Niaga di UITM Kedah
Alang2 dia buat kat UITM, so join jela kan
tak rugi pun
dapat makan free..hehhehhe

Malamnya pulak siap ada konsert..
Dengar khabar ada ramai artis yang mai
Ada Black Mentor, Zed Zaidi, Hujan and others 
Cheq dengaq2 gosip jela..
Maklumla cheq tak pi konsert tu
Sibuk dow..pulun research.

Berduyun2 la manusia yang hadir dan memenuhi UiTM Kedah ni (femes Uni cheq tetiba)
Banyok benor keretanya..sampai mike kena jalan kaki sebab parking dekat Malinja..haishh penat

Moh ler tgk gambar...

Ni tak nampak orgnya sangat kan..walhal penuh weh..tgk kreta tuh..kt luar pun ada ag,,

Awek ni memang model utk karnival ni..

Taraaaaa I will gain more BMI..:)

Dua beradik ni pun sibuk nak mai

Jom berkenalan dengan Upin dan Ipin..



Yang Wawa nak share dlm entry nih ialah memang benar perniagaan tu 9/10 dari punca rezeki
Rezeki Allah ni banyak..Bumi Allah ni luas..yang penting rajin berusaha yer kawan2..chaiyok..!!


nota kaki: kononla nasihatkan org.diri sendiri pun pemalas

X sabar eh nk habiskan degree...

16 Jun 2012

Ujian PTD M41

korang ingat tak yang Wawa pernah cerita pasal test untuk ujian PTD yang Wawa ambek 12/5 lepas??

KOnpem korang pun ingat2 lupa je kan..

Tak kisah la..


Yang pasti keputusannya keluar hari ni..16/6/12


Jangan terkejuttttt..




alhamdulillah....

Mesti sebab korang banyak doakan Wawa..

Terima kasih banyak...

Next stage ialah Ujian Penilaian Kompetensi pada satu tarikh yang  dinyatakan kemudian.....


nota kaki: nervousnyaaaaa

12 Jun 2012

Lapor Diri JPA

Hari tu dalam cuti seminggu Wawa dah dapat surat arahan dari bos untuk lapor diri
bos saya belum tamat belajar dah suruh lapor diri yer..
Cuba teka sape bosnya?

Siapa lagi kalau bukan
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
dah 2 tahun bos saya tanggung saya..
dah bermacam2 kemudahan bos bagi
jadi sekarang, tibalah masanya untuk saya berbakti kepada bos saya..



tetiba rasa macam tak sabar nak mencuba alam baru
Alam pekerjaan 


doakan saya yer



nota kaki: Mama ckp PTPTN pun dah start antar surat..yg herannya bila tanya surat claim pinjaman ke?mama cakap tak..hmmm rasanya surat ape lagi PTPTN akan hantar kat student?



10 Jun 2012

EURO 2012

demam bola datang lagi
yes..yes..yes..

lepas ni kaum lelaki jadi burung hantu la jawapnya

bola pun bola jugak
study jangan lupa
final dah dekat..


nah..khas buat reader2 tersayang



Tahun ni Wawa doakan pasukan kesayangan Wawa, Germany akan menjuarai
tak kisah la si sotong paul tu nak kata ape..hohoho

VIEL GLUCK

ICH LIEBE DICH, GERMANY!!!!

8 Jun 2012

Abg Raja Datang Lagi

Dengan rasa teruja dan excitednya sy nak bercerita 
8/6/12 motivator idola saya datang lagi ke UITM KEDAH
siapa lagi kalau bukan abg Raja Shamri
Mesti korang pun kenal dia kan..
Dia famous kot..tak caya baik korang goggle..

Antara berjuta-juta peserta program motivasi Abg Raja nih
Wawa merupakan salah seorang yang amat kagum dengan abg Raja
Dilahirkan pada 12 RabiulAwal(sama tarikh dengan junjungan kita, Muhammad S.A.W),
Abg Raja pernah memberitahu yang insan  yang dilahirkan pada tarikh ni biasanya tidak sempurna
Kerana kesempurnaan itu hanyalah milik Muhammad S.A.W
Abg Raja dilahirkan dengan kecacatan kaki yang memaksa beliau pakai kaki palsu

Sebelum ni Wawa banyak bercerita pasal dia dlm blog
tentu korang dah lupa kan
try check balik..
Inilah antara nasihat-nasihat dia

Kalau nak diikutkan,
nasihat-nasihat abg Raja memang banyak kali benda yang sama
Namun, jika anda selalu dengar (this is my third time actually)
anda akan rasakan, ianya tetap tidak pernah membosankan
Tahniah buat abg Raja sebab sentiasa berjaya menyuntik semangat motivasi buat anak2 bangsa

Wawa sebenarnya amat berbesar hati sebab dalam kalangan berjuta-juta peserta program dia,
Abg Raja masih ingat dekat Wawa
Bahkan di permulaan majlis, dihadapan semua hadirin abg Raja sebut nama Wawa.

Mula-mula dia just panggil nama Wawa..time tu Wawa buat2 tak tahu sebab mungkin ada orang lain nama Wawa. then he mention again my full name..

"ZULIANA AZWA ZULKIFLI ada tak???"

Mak eh..terkezut den..biaq betul abg Raja ni.
Agak segan sebab time tu semua mata mula pandang Wawa.
Yang takleh blah sepanjang ceramah, ada je Abg Raja akan sebut nama Wawa dan sakat Wawa..
Paling tak leh dilupakan bila abg Raja sebut mengenai isu praktikal Italy tu

"Wawa jangan sedih tak dapat praktikal di Italy.Sebab nanti Wawa akan kahwin dengan orang kaya dan akan honeymoon disana nanti"

hahhaha..lawak je abg Raja nih..
Habis je program dia, abg Raja terus menuju kearah Wawa.
Abg Raja tanya pasal praktikal Wawa di SUK Kelantan
dan nasihatkan Wawa supaya terus sambung Master.

Insyaallah..Terima kasih atas doa dan nasihat dari Abg Raja
TERIMA KASIH KERANA MASIH MENGINGATI WAWA
Buat reader2 kat luar sana,
contohilah insan hebat ini
biarpun cacat, Abang Raja tetap dikagumi dengan memiliki 2 degree,2 masters dan kini menuju ke 2 PHD
he's marvelous...

terima kasih banyak abg Raja
Moga reader2 sekalian turut mendapat peluang untuk berjaya sepertinya..

Ini gambar kami bersama Abg  Raja semasa programnya di UITM Kedah April 2011..(gambar kali ni tak dak..cheq malu sbb Abg Raja dok sakat cheq..hehe)

7 Jun 2012

Danke Schon



Ich Liebe Dich und Ich Vermisse Dich..

6 Jun 2012

I Love Kids....

Lately I feel like I do love kids..
Yeah..Its kinda weird actually coz previously I'm not much care about children
I tend to just ignore them due to fed up with their attitudes like poke others, crying and etc.
BUTTTTTT currently it change..
I found myself now more patient..
Handling them with care and starting to love them..


I just hold him for  a while and he slept..

Oh please...i do really need the good kids like HAsif..(budak ni baik..tak meragam..ngan sape2 pun)




Ops I guess all the pics are with the same kids..
Actually I do really2 love this kids.
He is my cousin's son, Wan Hasif Syahmi..

Not only Hasif, but actually lots of other kids..
This is Nik Danish Farhad


Despite of a very handsome kids...this kids is really naughty and always make me laugh..
Guess what the words that he always said to me..

"Cik Wa, Jom Makan Pizza"..

Am I look like a pizza lover??
hahha 
When I said that I'm out of money
He will give me all his money even the money is just coins..
What a funny kids..

And one more kid that I love to introduce to you...


Her name is Aishah..
I meet her when I spend my holidays working at Penang 
At that time, I stay with my bestie, Dayah..
Aishah is very cute kids.
Just look at her when using those bag
Actually the bag is my present to her 
She really love it and wear it on the spot
She keep asking her mum to send her to school
What a clever kids.


Hmmmm am I really adore the kids or just choosy to cute kids only.
HAHHA
Maybe it's a sign to be a good mother..

REallyy?????


Just pray for me guys..


5 Jun 2012

All about Family Again..

Update pasal event family memang akan banyak menggembirakan Wawa..
Biarpun dah lama basi..31hb May 2012 lagi
Still jugak nak upload..

Who cares kan...My blog..suka hati I la nak masuk gambar apa..:P

Bergambar bersama pengantin lelaki

That day memang Wawa banyak kali makan..hoho..perlu la cameraman nk snap kan..

Ini dia pengantin Kedua buat hari tu..Insyaallah tahun depan langsung majlis

My sweet family..di apit superman 




tak sabar nak habis belajar..
mau berehat di rumah bersama family sahaja..
Boleh tak??




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...